Sunday, November 17, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azlee Senario sambut baik kehadiran pelawak baharu

    Pelawak, Azlee Senario menyangkal dakwaan kurang menerima tawaran lakonan ekoran kemunculan banyak pelawak baharu.

    Kata Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Jaafar, 55, dia sebaliknya menyambut baik kehadiran artis muda dan tidak melihat mereka sebagai saingan.

    “Saya masih terima tawaran berlakon tetapi buat masa sekarang fokus itu lebih kepada menjadi pengacara majlis korporat.

    “Kumpulan Senario juga masih aktif dan kami akan muncul dengan projek baharu namun masih dalam rangka rancangan,” jelasnya pada wartawan.

    Mengulas lanjut, Azlee menasihatkan agar pelawak perlu kreatif namun tidak perlu menyentuh sensitiviti yang mampu mencetuskan kontroversi.

    Azlee menasihatkan agar pelawak perlu kreatif namun tidak perlu menyentuh sensitiviti yang mampu mencetuskan kontroversi. – Agensi

    “Perkembangan industri pelawak sudah semakin berkembang dan pada saya itu satu perkara yang baik.

    “Paling penting percaya bahawa rezeki itu Allah yang tentukan. Jadi kita perlu lakukan yang terbaik dan jangan buat lawak yang mengundang aib.

    “Cuba untuk hasilkan lawak bijak yang dapat menjaga martabat kita sebagai pelawak,” ujarnya.

    Azlee berkata demikian ketika hadir sesi sidang media dalam talian drama Anak Beranak Abe Yie baru-baru ini.

    Drama arahan Pali Yahya itu turut dibintangi oleh Jasmin Hamid, Aiman Tino, Wan Sharmila, Aidit Noh, Puteri Sarah dan Aidil Aziz. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda