Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Azri tepis dakwaan Dr Azra tidak wujud

    Pelakon Azri Iskandar belum mempunyai perancangan mendedahkan teman wanita yang dikenali sebagai Dr Azra biarpun sudah lebih setahun menjalinkan hubungan.

    Dalam masa sama, Azri atau nama sebenarnya, Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar, 55, turut menepis dakwaan teman wanitanya itu tidak wujud dan hanya watak rekaan.

    “Tak boleh dedah sebab tak dapat green light lagi. Saya dituduh gila dan mereka-reka, tapi Dr Azra memang wujud.

    “Kawan-kawan di Akademi Seni, Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kenal Dr Azra. ‘Batch’ Nam Ron kenal dia sebab pernah buat diploma di ASWARA, kemudiannya ijazah sehingga doktor falsafah (PhD) di Amerika Syarikat.

    “Dr Azra berusia 44 tahun, belajar muzik, banyak menulis skrip dan sekarang menulis dokumentari RTM,” katanya kepada BH Online ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem seram Kutukan Sembilan Setan, di pusat beli-belah di sini, semalam.

    Azri mengakui, ramai pihak yang memin-tanya mencari wanita lain termasuk bekas isteri, Ellie Suriaty.

    “Saya amat terganggu. Anak-anak, malah bekas isteri, Elly pun anggap Dr Azra ‘scammer’.

    “Elly sampai sekarang suruh saya cari wanita lain. Saya ada keluar dengan seseorang, Elly kata okay, jangan Dr Azra sebab ‘scammer’.

    “Dari sudut lain, Dr Azra selamat sebab orang tak kenal, tapi sayalah jadi mangsa. Tak mengapa saya terima ini sebagai satu ujian.

    “Anak-anak pun ada cakap suruh cari wanita lain sebab Dr Azra macam tak ikhlas. Apa salah tunjuk sekeping gambar untuk beritahu mengenai kewujudannya.

    “Isunya sekarang orang ingat Dr Azra tak wujud, hanya ada dalam otak saya, tapi dia memang ada,” katanya. – Agensi

    Arzri mengakui ramai pihak termasuk bekas isterinya, Ellie Suriaty memintanya mencari wanita lain. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...