Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Dodhy bingung dimarahi tanpa sebab

    Gitaris kumpulan Kangen Band Indonesia, Dodhy terkejut apabila niat baiknya untuk menolong mangsa kemalangan disalah erti oleh orang kampung.

    Dodhy atau Dodhy Hardianto, 39, berkata dia tidak menyangka menerima cacian daripada warga kampung selepas membantu mangsa kemalangan di daerah Lampung, Indonesia itu.

    Lebih menyedihkan apabila penduduk menyalahkan dirinya menjadi punca kemalangan.

    Dilaporkan keadaan ketika itu tegang apabila ada yang memberikan ancaman terhadapnya.

    Dodhy juga terkejut dan bingung kerana dimarahi tanpa sebab.

    Sementara itu, rakan dan juga vokalis Kangen Band iaitu Andika Mahesa, yang berada di lokasi membantu meredakan keadaan.

    “Lepas saya bawa orang yang jatuh itu ke hospital, tak sangka dia ikut dan marah-marah lagi kerana belum puas, akhirnya Andhika datang lalu dia meleraikan,” Kata Dodhy menurut laporan mStar.

    Difahamkan kejadian ini juga telah dirakam dan tular di media sosial dan Dodhy terpaksa membuat laporan polis bagi siasatan lanjut

    “Andika hairan ada video saya dimarahi di TikTok tular, akhirnya Andika mengajak saya buat laporan polis,” ujarnya. – Agensi

    Dodhy terkejut niat baiknya disalah erti penduduk kampung. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...