Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azwan Ali terasa hati baca komen warganet

    Terkenal sebagai selebriti sensasi yang bermulut lantang, pengacara Azwan Ali bagaimanapun terasa hati dengan komen segelintir warganet yang mendoakan kecelakaannya.

    Kata Azwan, 56, masyarakat seharusnya dididik dengan budi pekerti mulia dan tidak mendoakan keburukan sesama manusia.

    “Warganet ingat saya sakit nak mati. Komen begini menyakitkan dan keterlaluan.

    “Jadilah orang yang mulia. Orang mulia sentiasa mendoakan…minta supaya cepat sembuh.

    “Bergurau dengan hal mati, sakit… tak dididik ke? Kalau orang tu sakit… bermusuh macam mana pun pergi melawat dia,” katanya media pada majlis pelancaran program Mic On! musim kedua pada Khamis.

    Azwan Ali terasa hati dengan komen segelintir warganet yang mendoakan kecelakaannya. – Agensi

    Pada 14 Januari lalu Azwan terpaksa dimasukkan ke sebuah pusat perubatan akibat keracunan makanan.

    Lebih menggemparkan apabila Azwan sendiri mendakwa dia menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan.

    Bercerita lanjut tentang masalah keracunan makanan yang dialaminya itu, Azwan berkata dia mengesyaki ia berpunca daripada burger yang dibelinya dari sebuah gerai di tepi jalan pada malam kejadian.

    “Saya beli burger tepi jalan, saya lapar sangat. Selepas beli saya terus makan dalam kereta tanpa periksa dulu kebersihannya.

    “Itu salah saya sendiri, sepatutnya periksa dulu jika ada benda asing.

    “Saya memang masuk ICU… lepas tu orang komen kata ingat saya dah mati, hidup lagi rupanya,” katanya.

    Sementara itu mengulas tentang pemilihannya sebagai hos Mic On! musim kedua, Azwan berkata dia akan melakukan yang terbaik termasuk menjaga tingkah laku di televisyen.

    Walau bagaimanapun selebriti berpengalaman dalam dunia penyiaran itu berkata pembabitannya di stesen televisyen tidak akan membuatkan dia berhenti memberi kritikan pedas di media sosial. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda