Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baby Shima setuju trofi Ikon Belia digugurkan

    Penyanyi Baby Shima bersetuju apabila trofi Ikon Belia Anugerah Perdana Belia Negara 2023 (ABPN) tidak diberikan kepada personaliti media sosial Zhiddin Aziz pada 11 November lalu.

    Shima atau Nor Ashima Ramli, 31, turut menempelak Zhiddin susulan namanya didakwa menciplak beberapa ayat daripada teks juara dunia dalam pertandingan pidato sebelum ini.

    Malah secara sarkastik menyifatkan tindakan mencuri ayat tanpa memberi kredit kepada penulis asal seolah-olah tidak mempunyai harga diri, kongsi mStar.

    “Dahlah menangis tak dapat anugerah, lepas itu menciplak karya orang pula.

    “Katanya ada harga diri, meniru karya orang itu ada harga diri ke?” soalnya.

    Baby Shima persoal tindakan Zhiddin yang mencuri ayat daripada teks juara dunia. – mStar

    Shima meluahkan perkara itu dalam satu hantaran di Instastory miliknya.

    Menerusi hantaran lain, Shima turut menyindir Zhiddin agar tidak menjaga tepi kain orang lain dan hanya memberi fokus kepada diri sendiri selepas ini.

    “Lain kali jangan sibuk hal orang, padan muka! Orang tak kacau kau, nak sibuk sangat kacau Shima. Terpaling ikon!

    “Jangan asyik buat konten tentang hal orang lain dan jagalah tepi kain sendiri, jangan sampai terselak,” ujarnya.

    Luahan sindiran Shima itu dipercayai dibuat susulan Zhiddin sebelum ini pernah menegur cara berpakaian Shima yang dianggap melanggar perintah Allah. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda