Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bacaan Al-Quran semarak Hari Keputeraan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Seramai 102 ahli jawatankuasa takmir, Muslimah Al Ma’wa, Belia Al Ma’wa dan Beliawanis Al Ma’wa, para jemaah dan penduduk Kampung Batu Marang dan sekitarnya menyertai Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Quran sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-76.

    Majlis pelancaran pembacaan anjuran Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Batu Marang itu telah diadakan baru-baru ini di masjid berkenaan.

    Pada majlis itu, Pemangku Ketua Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Brunei dan Muara, Awang Muhammad Amin bin Haji Salim hadir selaku tetamu kehormat sebagai wakil peribadi Pegawai Ugama Kanan di Jabatan Hal Ehwal Masjid, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali.

    Antara peserta yang menyertai majlis yang diadakan di Masjid Kampung Batu Marang baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda