Thursday, October 17, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baginda Sultan dijangka berangkat ke Indonesia

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat ke Jakarta, Republik Indonesia bagi menghadiri Acara Pelantikan Presiden Republik Indonesia yang ke-8, Tuan Yang Terutama Prabowo Subianto dan Tuan Yang Terutama Gibran Rakabuming Raka sebagai Wakil Presiden yang akan diadakan pada 20 Oktober ini.

    Kali terakhir perjumpaan di antara Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan TYT Prabowo Subianto adalah semasa lawatan Tuan Yang Terutama ke Negara Brunei Darussalam pada 5 September lalu selaku Menteri Pertahanan dan bakal Presiden Republik Indonesia.

    Pelantikan ini akan menandakan tempoh pentadbiran selama lima tahun TYT Prabowo Subianto sebagai Presiden Republik Indonesia dan TYT Gibran Rakabuming Raka sebagai Wakil Presiden.

    Sejak penubuhan hubungan diplomatik pada bulan Januari 1984, Negara Brunei Darussalam dan Republik Indonesia menikmati jalinan persahabatan dan hubungan kerjasama dua hala yang erat dan mesra dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pertahanan, pendidikan, kesihatan, buruh dan pertukaran rakyat.

    Kedua-dua negara juga bekerjasama rapat melalui kerjasama serantau dan antarabangsa termasuk ASEAN, APEC, OIC dan BIMP-EAGA.

    Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda