Saturday, September 21, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bagnaia sasar MotoGP ke-100

    MILAN, 20 SEPT – Francesco Bagnaia (gambar – AFP) akan berusaha menewaskan pendahulu kejohanan MotoGP, Jorge Martin, dalam penampilan Grand Prix (GP) Itali ke-100 beliau di litar halamannya, Misano Adriatico, hujung minggu ini.

    Bagnaia, juara bertahan, kini ketinggalan tujuh mata di belakang Martin menjelang MotoGP Emilia-Romagna, yang menggantikan perlumbaan di Kazakhstan yang dibatalkan.

    Pelumba Ducati itu berjaya mengurangkan defisit 19 mata daripada Martin dalam MotoGP San Marino dua minggu lalu, selepas Martin membuat kesilapan taktikal dengan memasuki ruang perhentian salah kerana menyangka hujan akan turun. Namun, hujan tidak muncul dan Martin hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-15, memberi peluang kepada Bagnaia untuk menutup jurang dengan pesaingnya itu walaupun gagal memenangi
    perlumbaan yang dimenangi Marc Marquez.

    “Pada Ahad, jujur saya katakan, apabila melihat Jorge masuk ke ruang hentian, saya tahu saya akan meraih mata yang banyak,” kata Bagnaia kepada pemberita kelmarin.

    “Saya cuba segala-galanya untuk menang, tetapi sebaik sahaja saya menyedari sukar untuk mengatasi Marc, saya hanya fokus untuk menamatkan perlumbaan dengan sebaik mungkin.”

    Gambar AFP

    Martin, selain Bagnaia, juga berwaspada terhadap kebangkitan Marquez dan Enea Bastianini ketika musim MotoGP semakin tiba ke penghujung.

    “Saya rasa lebih fokus apabila Pecco berada lebih dekat,” seloroh Martin.

    “Yang penting adalah belajar daripada kesilapan dalam detik-detik sukar ini.”

    Ikon motosikal Marquez, yang kini memburu gelaran dunia ketujuh, meraih dua kemenangan berturut-turut sekali gus menempatkannya hanya 53 mata di belakang Martin di tempat ketiga.

    Kemenangan hebatnya baru-baru ini, apabila melonjak dari kedudukan kesembilan di grid, mencadangkan kemungkinan beliau meraih tiga kemenangan serta kemenangan keenam di Misano. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda