Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Baiduri anjur Hari Terbuka GAP

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Bank Baiduri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Bank Baiduri telah mempamerkan komitmen secara proaktif membantu para graduan untuk memulakan kerjaya mereka menerusi hari terbuka bagi Program Perantis Graduan (GAP), yang berlangsung di Ibu Pejabat Bank Baiduri pada 15 Oktober lalu.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, di sini, lebih 200 orang menghadiri acara itu yang diadakan untuk menyediakan peluang bagi calon-calon yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program berkenaan serta memberikan peluang kepada mereka bagi berinteraksi dengan alumni program itu, mengenai pengalaman mereka.

    Kumpulan perantis pusingan program terdahulu yang telah menamatkan program berkenaan, baru-baru ini, telah menganjurkan acara serta aktiviti-aktiviti yang diadakan pada majlis itu.

    Acara serta aktiviti yang diadakan di Ruang Komuniti Baiduri, termasuk mengetengahkan pelbagai pembentangan dan taklimat oleh para perantis yang telah ditempatkan dalam bidang-bidang fungsi utama seperti Corporate Banking, Baiduri Capital dan Group Information and Technology Division.

    Mereka juga mengongsikan pengalaman mereka melalui proses pemilihan keseluruhan.

    Semasa sesi pembentangan disampaikan pada majlis tersebut.
    Antara peserta yang hadir pada hari terbuka GAP yang berlangsung di Ibu Pejabat Bank Baiduri pada 15 Oktober lalu.

    Taklimat itu memberikan pandangan yang bernilai mengenai bagaimana pemohon-pemohon berpotensi harus mempersiapkan permohonan mereka dan membolehkan pembentang untuk membentangkan pengalaman sepenuh mereka daripada penyertaan program berkenaan.

    Pada awal 2022, sebanyak 300 permohonan telah diterima semasa pusingan kedua program di mana setelah proses pemilihan ketat yang melibatkan penilaian bertulis dan sesi temu bual, bank berkenaan mengalu-alukan 15 orang perantis untuk menyertai program berkenaan pada April lalu.

    Turut menghadiri hari terbuka berkenaan ialah Ketua Pentadbiran dan Sumber Manusia Kumpulan, Veronica Chong yang telah mengadakan sesi meet & greet sepanjang acara itu.

    Beliau mengulas bahawa GAP merupakan bukti yang kukuh mengenai komitmen bank berkenaan untuk menyokong graduan-graduan baharu dengan membantu mereka bagi membangunkan pemikiran belajar dan kemahiran kebolehpasaran.

    Veronica menyatakan pera-saan bangga terhadap perantis dan segala yang telah dicapai oleh mereka dalam tempoh masa yang singkat.

    Mereka telah menunjukkan bahawa mereka berupaya untuk menerajui dan menganjurkan acara berskala besar seperti itu, tambahnya.

    “Ia menawarkan sebuah peluang yang unik bagi graduan-graduan baharu untuk memperoleh pengalaman bekerja yang bernilai dan memberikan mereka kedudukan yang lebih kukuh dalam pasaran pekerjaan,” ujarnya.

    GAP merupakan sebuah program pembangunan dan pembelajaran holistik selama enam bulan yang bertujuan untuk menyediakan para graduan baharu dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran pekerjaan tempatan.

    Program itu dibukakan kepada warga dan penduduk tetap Negara Brunei Darussalam yang telah menamatkan pengajian dalam tempoh tiga tahun kebelakangan dengan kelulusan minimum ijazah sarjana muda serta tidak mempunyai pengalaman kerja terdahulu.

    Para calon adalah seorang yang perlu serba lengkap dengan bakat dan minat yang pelbagai serta juga bersedia untuk belajar dalam suasana yang pantas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...