Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri lantik David Grayson sebagai pengarah bebas

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Bank Baiduri telah melantik Profesor David Grayson CBE sebagai pengarah bebas lembaga bank tersebut.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, Pengerusi Bank Baiduri, Yang Amat Mulia Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah menyatakan, “Kami berbesar hati melantik Profesor David Grayson sebagai ahli Lembaga Pengarah Bank Baiduri.

    “Dunia yang kita diami sedang berubah dengan pantas dan institusi kewangan mempunyai peranan penting dalam memastikan isu kemapanan diutamakan dengan betul. Dengan kepakaran dan pengalamannya, Profesor Grayson akan menyumbang kepada pemikiran dan amalan strategik kami pada masa depan,” jelas Yang Amat Mulia.

    Profesor Grayson ialah Pengerusi Institut Etika Perniagaan United Kingdom (UK) dan pakar terkenal tentang kemapanan dan tanggungjawab korporat.

    Beliau merupakan pengarang atau pengarang bersama 10 buku, yang terbaharu ialah The Sustainability Business Handbook, Profesor Tanggungjawab Korporat di Universiti Cranfield, UK dari tahun 2007 hingga 2017 dan kini adalah profesor emeritus.

    Profesor Grayson juga pernah berkhidmat sebagai pengerusi beberapa badan awam berprofil tinggi termasuk Majlis Kurang Upaya Kebangsaan UK dan Leonard Cheshire Charity, UK.

    Beliau merupakan penerima anugerah pencapaian seumur hidup Reuters Responsible Business Honoree 2021.

    YAM Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui bergambar bersama Profesor David Grayson (kiri) yang baru dilantik sebagai pengarah bebas Bank Baiduri. – Gambar serahan Bank Baiduri
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda