Sunday, September 8, 2024
28.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri Masters buka tirai

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Pada hari pertama kejohanan amal berprestij, Baiduri Masters 2023 hari ini, Pengarah Urusan Baiduri Finance, Haji Haliluddin DSP Talib, merangkap Presiden Baiduri Masters; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Pembangunan Perniagaan, Pengiran Azaleen bin Pengiran Dato Haji Mustapha merangkap Naib Presiden Baiduri Masters dan Pengerusi Kelab Golf Pantai Mentiri, Kol (B) Zahrin bin Haji Zunaidi, melakukan tee off di lubang 10 untuk menandakan pembukaan Baiduri Masters ke-25 pada pagi tadi.

    Berpuluh-puluh pemain golf tidak sabar-sabar menantikan acara pembukaan tirai permainan sebelum melepaskan pukulan pertama mereka ke atas padang sebaik sahaja ia dimulakan.

    Bryan Chiew Chun Hao merupakan pendahulu kejohanan tersebut dengan 72 pukulan pada sesi pembukaan di Kelab Golf Pantai Mentiri hari ini.

    Sementara itu, mendahului dua pukulan di belakang Bryan di tempat kedua ialah Pengiran Haji Ahmad Zaki Al Hakim bin Pengiran Haji Jambol dan Haji Shahminan Haji Damit menamatkan permainan dengan keputusan 4 di atas par.

    Sehingga kini, seramai 587 pemain golf telah mendaftar untuk kejohanan golf amal itu.
    Pendaftaran Baiduri Masters masih dibukakan di mana terdapat 45 slot disediakan untuk sesi petang Ahad ini. Pemain golf boleh bersaing dalam empat kategori iaitu Terbuka Lelaki, Senior, Terbuka Wanita dan Junior (umur 13 hingga 18).

    Pemain yang berminat boleh mengesahkan penyertaan mereka pada kejohanan tahun ini dengan menghantar borang dan membuat pembayaran penuh di kaunter pendaftaran Kelab Golf Pantai Mentiri.

    Hasil daripada kejohanan itu akan disalurkan kepada beberapa pertubuhan kebajikan termasuk SMARTER Brunei, Learning Ladders Society dan YASKA.

    Para peserta bersaing untuk trofi cabaran baharu dan jaket hijau yang diidamkan. Hadiah hole-in-one termasuk BMW iX3 pada lubang 16, Mini Cooper 3 Door Brick Lane Edition pada lubang 9 atau $20,000 pada lubang 7 dan 13.

    Aksi Pengiran Haji Ahmad Zaki Al Hakim pada kejohanan tersebut di Kelab Golf Pantai Mentiri. – Gambar serahan Bank Baiduri
    Bryan Chiew Chun Hao semasa beraksi pada kejohanan tersebut di Kelab Golf Pantai Mentiri. – Gambar serahan Bank Baiduri

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda