Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri Masters sokong pertubuhan kebajikan

    Oleh Ak Zaki Kasharan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Hasil daripada edisi kejohanan Baiduri Masters ke-25 akan disalurkan kepada pertubuhan amal yang termasuk SMARTER Brunei, Learning Ladders Society dan YASKA yang mana organisasi ini menyediakan sokongan kebajikan dan meningkatkan kesedaran untuk orang yang mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza, bergantung pada derma untuk menampung perbelanjaan operasi.

    “COVID-19 amat sukar bagi organisasi seperti SMARTER kerana kami tidak dapat melaksanakan inisiatif pengumpulan dana seperti biasa,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SMARTER Brunei, Malai Didi Malai Abdullah.

    “Pengumpulan dana amat penting bagi organisasi bukan untung kerana ia membolehkan kami melabur dalam kemudahan dan program kami, dalam lebih banyak bahan pembelajaran dan ahli terapi untuk pelajar kami,” kata Presiden Learning Ladders Society, Dr Sharina Yunus.

    “Program ABA kami memberi tumpuan bagi membantu kanak-kanak autisme dan gangguan berkaitan lain untuk mempelajari kemahiran baharu, meningkatkan hubungan dan kualiti hidup mereka.

    “Semua ini memerlukan sumber yang banyak, justeru itu, kami amat berterima kasih atas sokongan berterusan daripada Baiduri Masters dan semua sumbangan lain yang kami terima kerana ia membolehkan kami meneruskan kerja yang kami lakukan untuk masyarakat,” tambahnya.

    Dayang Tsara’Nawwarah Abdullah Chen selaku Naib Pengerusi YASKA, menambah bahawa “Semua kerja yang kami lakukan di YASKA untuk membantu anak-anak di sana sepanjang rawatan mereka dapat dijalankan berkat sumbangan sukarelawan dan sumbangan daripada inisiatif seperti Baiduri Masters ini.”

    Baiduri Masters mengambil tempat di Kelab Golf Pantai Mentiri, di mana ia akan diadakan dalam dua hujung minggu mulai 28 Julai hingga 30 Julai dan 4 Ogos hingga 6 Ogos.

    Antara aksi pemain semasa edisi kejohanan Baiduri Masters 2019. – Gambar oleh Ak Zaki Kasharan
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda