Sunday, May 11, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baiduri pupuk budaya kerja positif

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan Bank Baiduri

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI – Dengan matlamat untuk sama-sama membina budaya kerja yang positif dan kukuh, Kumpulan Bank Baiduri buat julung kalinya telah mengendalikan forum kepimpinan di Baiduri Community Space, Ibu Pejabat Bank Baiduri, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Baiduri, hari ini, forum sehari itu telah menyatukan pasukan pengurusan kanan Kumpulan Bank Baiduri dan para pengurus sumber manusia di satu tempat dengan tujuan untuk memupuk kepimpinan yang baik, membina budaya kerja yang lebih kukuh serta meningkatkan pemahaman keseluruhan mereka tentang nilai teras kumpulan.

    Di samping itu juga untuk menyelami kepentingan dalam memupuk tenaga kerja yang produktif bersama-sama.

    Forum berkenaan juga bertindak sebagai platform untuk memudahkan dialog antara pengurus kanan dan pemimpin lain dalam Kumpulan Bank Baiduri untuk berkongsi pengalaman dalam menguruskan pasukan mereka sendiri.

    Kemuncak forum berkenaan adalah perbincangan empat panel dengan pasukan pengurusan Kumpulan Bank Baiduri dan pemimpin lain yang menumpukan pada nilai terasnya iaitu kepercayaan, keterangkuman, empati dan berdaya usaha.

    Forum diakhiri dengan sesi breakout informal bagi menyaksikan bagaimana nilai-nilai berkenaan boleh diguna pakai di tempat kerja. Ketua Kumpulan Sumber Manusia dan Pentadbiran, Veronica Chong yang menjadi ahli panel bagi membincangkan topik
    Empathy berkata bahawa forum kepimpinan berkenaan merupakan peluang berharga dalam sama-sama memanfaatkan sumber pengetahuan dan pengalaman pemimpin kanan dalam Kumpulan Bank Baiduri, supaya mereka boleh memainkan peranan aktif dalam menerapkan nilai teras berkenaan sebagai asas yang kukuh dalam tenaga kerja mereka.

    Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pematuhan, Tadbir Urus Korporat dan Sokongan Undang-undang, Manuel Bulens yang merupakan ahli panel untuk topik Enterprising, menyatakan bahawa forum sedemikian akan menjadi acara tahunan untuk mengumpulkan pemimpin dan pengurus di seluruh Kumpulan Bank Baiduri dengan matlamat utama untuk meningkatkan keupayaan pengurusan kakitangan mereka melalui
    tema yang berkaitan.

    Antara ahli panel semasa forum kepimpinan berkenaan.
    Antara yang hadir semasa forum kepimpinan yang berlangsung di Baiduri Community Space, Ibu Pejabat Bank Baiduri, baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda