Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Baiduri sokong Hari Sukarelawan Antarabangsa

    Oleh Nurdiyanah R –

    BANDAR SERI BEGAWAN 6 DIS – Bersempena dengan Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa, Bank Baiduri dengan kerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam telah menganjurkan kolokium bertema Volunteering Weaves Us Together di Ruang Komuniti Baiduri, Ibu Pejabat Bank Baiduri, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Setiausaha Tetap di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), Haji Zakaria bin Haji Serudin. Hari Sukarelawan Antarabangsa, dimandatkan oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan disambut setiap 5 Disember, berfungsi sebagai peluang untuk sukarelawan dan organisasi mereka bagi meraikan sumbangan, berkongsi nilai dan mempromosikan hasil kerja.

    Menerusi acara berkenaan, delegasi dari Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand, Vietnam dan Negara Brunei Darussalam telah terlibat dalam sesi perkongsian dengan membincangkan pengalaman mereka yang diperoleh daripada menjadi sukarelawan.

    Kolokium turut dimuatkan dengan sesi perbincangan daripada empat orang ahli panel pemimpin sukarelawan Brunei yang terdiri daripada Dr Hajah Helena binti POKSJ DP Haji Hurairah, Awang Mohammad Ahsmeer Imtiaz Ahmad, Haji Abu Zar dan Dayang Izyan Osman dengan dikendalikan oleh Pengasas Bersama Rangkaian Profesional Muda (YPN) Brunei, Dayang Aspadiyah Mohd Sah.

    Setiausaha Agung PBSM Negara Brunei Darussalam, Haji Muhammad Suhaimi bin Haji Ibrahim dalam ucapannya berkata, persatuan berkenaan begitu berbesar hati kerana dapat menjadi tuan rumah kepada rakan-rakan ASEAN, untuk bertukar-tukar idea dan penyelesaian.

    “Hari ini, kami meraikan impak yang signifikan dalam inisiatif-inisiatif kami terhadap komuniti. Sukarelawan adalah glue of the community di mana ia menyatukan orang dari pelbagai latar belakang melalui objektif bersama untuk memberikan kembali dan membuat perubahan,” tambahnya.

    Mengulas mengenai perkongsian berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui berkata tindakan kesukarelawanan membawa nilai yang besar bukan sahaja kepada tujuan, tetapi kepada sukarelawan juga.

    Ia memperkasakan mereka dengan tujuan dan pencapaian yang lebih besar sambil menyaksikan kesan usaha mereka terhadap masyarakat.

    “Kami menggalakkan pekerja kami untuk menyumbang masa dan usaha mereka secara aktif melalui program sukarelawan kami sendiri, Baiduri Cares, manakala Inisiatif Kesejahteraan Pekerja kami menyediakan peluang sukarelawan tambahan bagi pekerja kami sebagai sebahagian daripada pendekatan holistik untuk mempromosikan kesejahteraan di tempat kerja,” tambahnya.

    Kolokium berkenaan turut dimuatkan dengan sesi perbincangan daripada empat orang panel pemimpin sukarelawan Brunei. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    Haji Zakaria hadir selaku tetamu kehormat bagi menyaksikan acara kolokium. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...