Monday, March 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bakal berkolaborasi?

    Khabar angin semakin tersebar apabila Becky G telah memuat naik video mengenai kudapan Korea dalam laman Instagram Story selepas beberapa jam J-hope tiba di Los Angeles baru-baru ini.

    Para peminat semakin yakin bahawa J-Hope berada di Los Angeles untuk merakamkan lagu atau filem.

    Becky G telah menciap di laman Twitternya pada baru-baru ini, “#Beckyhasanothersecret.” Selepas itu akaun Twitter rasmi BTS juga menciap bahawa BTS juga mempunyai rahsia lain. Para peminat juga percaya bahawa ia adalah sebagai kerjasama antara Becky G dan ahli BTS iaitu J-Hope.

    “Saya belum bersedia,” kata salah seorang peminat.

    “Ada juga peminat mengatakan bahawa dia berharap kerjasama antara BTS dan Becky G atau J-hope dan Becky G akan benar-benar terjadi.

    Peminat juga berasa ingin tahu mengenai hashtag yang telah dibuat oleh BTS daan Becky G.

    Para peminat masih tertanya-tanya mengenai kerjasama antara Becky G, 22, dan BTS sejak bulan yang lalu.

    Bintang pop dan kumpulan k-pop telah memberikan beberapa bayangan mengenai sebuah lagu yang akan dikeluarkan pada bulan ini dan memberikan peminat harapan bahawa lagu itu akan dikeluarkan tidak lama lagi. – Agensi

    Becky G dan BTS telah merahsiakan sesuatu kepada peminat mereka yang berkemungkinan akan mengeluarkan lagu terbaharu. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda