Satu perlawanan bola sepak bawah 12 tahun (B12) antara pasukan COT JPKK Brunei Muara dan pasukan Akademi Bola Sepak Brazil (BFA) Brunei telah berlangsung pagi tadi bertempat di padang bola sepak Kelab Peak RBA, Berakas.
Perlawanan itu merupakan salah satu daripada perlawanan dalam Liga Nossa B12 anjuran BFA yang bertujuan mengasah bakat muda dalam sukan bola sepak.
