Saturday, October 19, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balai bomba baharu di Jerman ranap dijilat api

    BERLIN, 18 OKT – Sebuah balai bomba baharu di Jerman musnah dalam kebakaran, menyebabkan kerugian jutaan euro dan peralatan musnah kerana tidak mempunyai sistem penggera kebakaran, lapor media tempatan kelmarin.

    Kebakaran berlaku awal pagi Rabu di balai bomba Stadtallendorf di Hesse dan memusnahkan dewan peralatan dan serta hampir bebelasan kenderaan kecemasan, lapor agensi berita Jerman, dpa. Anggaran awal kerosakan dianggarkan antara 20 juta dan 24 juta euro. Tiada siapa yang cedera.

    Pegawai tempatan memberitahu dpa bahawa tiada sistem penggera kebakaran dipasang di bangunan itu kerana pakar menganggapnya tidak perlu, yang mengejutkan ramai pemerhati setelah balai bomba itu terbakar.

    Kebakaran tersebut bermula pada sebuah kenderaan kecemasan milik jabatan bomba, yang mengandungi bateri litium-ion dan sambungan kuasa luaran.

    Balai bomba itu dibuka kurang daripada setahun, lapor media tempatan.

    “Saya percaya bahawa apa yang berlaku akan membuatkan ramai orang berfikir dan bertindak,” mengenai usaha meningkatkan keperluan perlindungan kebakaran di balai bomba, kata Norbert Fischer, ketua Persatuan Pasukan Bomba Negeri di negeri Hesse kepada dpa.

    Memandangkan terdapat banyak teknologi di balai bomba dan bateri sedang dicas, adalah munasabah untuk melengkapkannya dengan sistem penggera kebakaran,” kata Fischer, sambil menambah bahawa masih tidak jelas sama ada sistem sedemikian dapat menghalang kejadian terburuk di Stadtallendorf. – AP

    Anggota bomba bekerja di tapak kebakaran di Stadtallendorf, Jerman pada 16 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda