Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Baling kek, selamat diri dikejar harimau bintang

    NEW DELHI, 1 JULAI – Dua adik-beradik berjaya menyelamatkan diri daripada seekor harimau bintang di India dengan membaling kek ulang tahun ke arah haiwan tersebut ketika ia cuba mengejar mereka yang sedang menunggang motosikal, kata para pegawai hari ini.

    “Naluri pertama anda, apabila anda menghidu bahaya adalah buat apa saja untuk menyelamatkan diri anda, dan itulah yang mereka lakukan,” kata pegawai perhutanan memberitahu AFP.

    “Mereka membawa kek dan melontarkannya ke arah harimau bintang tersebut.”

    Menurut akhbar Times of India, Firoz dan Sabir Mansuri sedang menuju ke parti ulang tahun anak lelaki Firoz di negeri Madhya Pradesh apabila harimau bintang tiba-tiba muncul dari ladang tebu.

    Mereka memecut laju namun kucing besar itu mengejar mereka sehingga ke laluan berlumpur, menyebabkan Sabir tiada pilihan lain selain menghumban kotak mengandungi kek ke arah pemangsa tersebut.

    Diserang dengan ‘gangguan senjata manis’, felin bingung itu kemudian menyerah kalah dan balik semula ke ladang – malah tanpa mencuba kek tersebut, menurut akhbar itu.

    “Harimau bintang itu mengejar kami lebih 500 meter. Kami hampir-hampir saja diterkam,” akhbar itu memetik Sabir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda