Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Balotelli cuba nasib di Brazil

    RIO DE JANEIRO, 6 OGOS – Penyerang Itali Mario Balotelli (gambar bawah) yang mencari kelab baharu selepas kontraknya bersama Marseille tamat Jun lalu, bersedia untuk bermain dengan kelab Flamengo, menurut kelab berpangkalan di Rio de Janeiro itu hari ini.

    “Kami memang ada menghubunginya dan dia berminat untuk bermain di sini,” kata presiden kelab itu Rodolfo Landim yang dipetik oleh media Brazil.

    “Kami tidak ragu-ragu dia seorang pemain hebat. Tetapi banyak perkara boleh berubah sebelum dia menandatangani kontrak bersama kami.

    “Memang benar dia bebas (daripada sebarang kontrak),” kata Landim, menegaskan pegawai Flamengo sudah bertemu pemain berusia 28 tahun itu di Eropah.

    Sky Sport di Itali melaporkan hujung minggu lalu kemungkinan Balotelli menyertai Flamengo selama dua setengah tahun.

    Penyerang itu, yang bermain buat Itali di Brazil pada Piala Konfederasi 2013 dan Piala Dunia 2014, tidak pernah menyembunyikan keghairahannya terhadap bola sepak di negara itu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda