Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Banduan lelaki Jepun kini boleh guna losyen muka, perapi rambut

    TOKYO, 24 JAN – Kementerian Kehakiman Jepun bulan depan akan membenarkan banduan lelaki memakai losyen muka dan perapi rambut, yang sebelum ini hanya dibenarkan kepada banduan wanita, berikutan perubahan norma jantina, kata seorang pegawai hari ini.

    Di bawah peraturan sebelum ini, pembelian dan penerimaan hadiah bagi barangan mandian dalam penjara hanya dibenarkan untuk banduan wanita, berdasarkan tanggapan bahawa barang tersebut lebih kerap digunakan oleh wanita.

    Namun, kementerian memaklumkan penjara di seluruh negara bulan ini, banduan lelaki juga boleh mendapatkan produk itu di bawah peraturan yang telah disemak semula, kata seorang pegawai Kementerian Kehakiman kepada AFP.

    “Pada pandangan kami, langkah-langkah telah diambil dalam masyarakat Jepun ke arah menghapuskan jurang jantina yang tidak munasabah”, kata pegawai itu, yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.

    “Kami merasakan ia adalah perlu untuk melayan penghuni penjara dengan cara yang lebih mencerminkan perubahan landskap masyarakat luar”, tambah pegawai itu.

    Peraturan baharu itu akan berkuat kuasa mulai bulan depan, katanya.

    Namun, beberapa barangan akan kekal di luar had penggunaan lelaki, termasuk pengikat rambut dan produk kebersihan wanita, kata kementerian itu, sambil menambah syampu dan sapu tangan telah lama boleh didapati tanpa mengira jantina. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...