Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bandung isytihar kecemasan banjir

    BANDUNG, 15 JAN – Kerajaan daerah Bandung, Jawa Barat, mengisytiharkan status respons kecemasan dari 13 Januari hingga 20 Januari yang mewajibkan semua pihak untuk kekal berwaspada terhadap risiko banjir, lapor agensi berita, ANTARA.

    “Status respons kecemasan terhadap bencana banjir telah diwujudkan sejak tiga hari lalu. Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB) telah menyediakan dapur awam dan sebagainya,” kata pegawai daerah Bandung, Dadang Supriatna, hari ini.

    Supriatna berkata status kecemasan itu akan dilaksanakan selama tujuh hari dan mungkin dilanjutkan atau dipendekkan bergantung kepada situasi di lapangan.

    “Penentuan status respons kecemasan bencana boleh dilanjutkan atau dipendekkan mengikut peruntukan undang-undang dan peraturan,” katanya.

    Menurut Supriatna, penentuan status kecemasan itu sebagai langkah mengendalikan banjir dan bencana hidrometeorologi lain yang memberi kesan kepada kawasan itu sejak 11 Jan 2024.

    Sementara itu, Ketua BNPB, Suharyanto berkata pihaknya telah menyediakan bantuan sebanyak Rp350 juta bagi menyokong pengendalian banjir di daerah Bandung. – Bernama

    Anggota pasukan mencari dan menyelamat memindahkan penduduk di perkampungan Citeureup di Bandung yang dilanda banjir, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...