Thursday, January 2, 2025
27.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banglo Yoo Ah In bernilai RM26 juta dibeli oleh budak 7 tahun

    Ketika sedang berdepan perbicaraan kes dadah, pelakon Korea, Yoo Ah In dilihat membuat keputusan untuk menjual kediamannya.

    Rumah terletak di Itaewon, Korea Selatan itu dibeli atas nama kanak-kanak berusia tujuh tahun dengan harga 6.3 bilion Won iaitu kira-kira RM 26.46 juta secara tunai.

    Menurut laporan media tempatan, kanak-kanak dikenali dengan nama Park itu dilahirkan pada Julai 2017 dan pemindahan milik telah dilakukan pada 19 November lalu.

    Pemilik baharu itu dipercayai merupakan anak kepada pasangan Ketua Pegawai Eksekutif jenama fesyen terkenal berdasarkan alamat yang didaftarkan.

    Rumah itu pernah dipamerkan dalam program hiburan MBC I Live Alone sebelum dijual lebih rendah daripada nilai pasaran.

    Pelakon itu kini menghadapi kes mahkamah atas tuduhan penyalahgunaan dadah termasuk penggunaan propofol sebanyak 181 kali.

    Dia juga didakwa mendapatkan lebih 1,100 biji pil tidur secara haram dan menghisap ganja tiga kali di Amerika Syarikat.

    Dalam perbicaraan pertama, pelakon itu didapati bersalah atas kes penggunaan ganja dan penyalahgunaan propofol.

    Dia dijatuhi hukuman penjara satu tahun, denda sebanyak 2 juta Won (RM 6,081.28), jalani pemulihan dadah selama 80 jam dan rampasan wang sebanyak 1.54 juta Won (RM 4,580.28). – Agensi

    Rumah Yoo Ah dibeli oleh seorang kanak-kanak berusia 7 tahun. – Allkpop
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda