Wednesday, May 8, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Ditolak permohonan reman, dilempar air kopi

    Pelakon Yoo Ah In diserang peminat susulan Mahkamah Seoul menolak permohonan pihak polis untuk menahan reman aktor berkenaan susulan kes penyalahgunaan dadah sedang dihadapinya ketika ini.

    Allkpop melaporkan seorang peminat turut bertindak berani dengan membaling botol berisi air kopi ketika aktor berkenaan sedang berjalan menuju ke arah keretanya sejurus prosiding selesai.

    Botol yang tidak mempunyai penutup itu terkena pada bahagian belakang aktor berusia 36 tahun itu dan menyebabkan sut dipakai Ah In basah.

    Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Ah In dilihat tidak berpuas hati dengan tindakan peminat itu namun terpaksa berlalu pergi selepas dikawal ketat pengawal peribadinya.

    Tindakan tersebut tidak disenangi ramai kerana menganggap ia sebagai satu kekerasan namun ada juga yang menyokong dengan keberanian pelaku.

    Pada 5 Februari lalu Ah In ditahan di lapangan terbang atas tuduhan mengambil dadah.

    Hasil saringan air kencing dan ujian makmal dia didapati mengambil dadah jenis ganja, kokain, ketamin dan propofol sejak 2021.

    Bagaimanapun, Ah In mengaku mengambil bahan terlarang itu bertujuan untuk perubatan kerana mengalami masalah untuk tidur. – Agensi

    Seorang peminat membaling botol air kopi ke arah Yoo Ah In. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...