Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir: 7 maut di Maghribi

    RABAT, 29 OGOS – Tujuh orang maut dalam bencana banjir yang berlaku akibat hujan lebat di selatan Maghribi pada Rabu malam, lapor agensi berita China Xinhua.

    Menurut satu kenyataan rasmi, pihak berkuasa tempatan dan penduduk terus mencari mangsa yang hilang di daerah Ighern dalam wilayah Taroudant.

    Direktorat Meteorologi Maghribi meramalkan hujan lebat yang disertai ribut pada 28 dan 29 Ogos di beberapa wilayah di selatan negara itu. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda