Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Banjir Congo jejas ribuan rumah, puluhan sekolah

    BUKAVU, 21 APRIL – Beribu-ribu isi rumah dan berpuluh-puluh buah sekolah terjejas akibat banjir di timur Republik Demokratik Congo, dengan pihak berkuasa tempatan baru-baru ini meminta bantuan daripada kerajaan pusat.

    “Sekurang-kurangnya 4,500 buah rumah runtuh, lebih 2,000 bidang tanah musnah, dan lebih 7,000 isi rumah telah terjejas akibat limpahan sungai dan air naik di Tasik Tanganyika,” ketua komunikasi di dewan bandar Uvira, Dominique Kalonzo, memberitahu AFP.

    Kalonzo menambah bahawa 53 buah sekolah telah dinaiki air di bandar timur Uvira, menurut laporan dewan bandaran yang dibuat awal minggu ini.

    “Mereka yang terjejas telah dijemput oleh keluarga, manakala yang lain bermalam di bawah cahaya bintang-bintang,” tambah Kalonzo.

    Beliau berkata lagi, “Majlis bandaran Uvira telah melancarkan rayuan segera kepada kerajaan Congo dan organisasi kemanusiaan, kerana Uvira berisiko terkena wabak.”

    Selama berminggu-minggu, hujan lebat telah melanda pantai utara Tasik Tanganyika di wilayah Kivu Selatan, yang bersempadan dengan ibu kota ekonomi Burundi yang dilanda banjir, Bujumbura. Tasik Tanganyika ialah tasik kedua terbesar di Afrika.

    “Ia adalah situasi yang sangat membimbangkan, malah jalan nasional lima di bahagian Uvira-Fizi dinaiki air,” kata aktivis masyarakat sivil dari Fizi, Santos Kitandala, kepada AFP.

    “Pasar besar, Mwemezi, telah ditenggelami air, begitu juga dengan beberapa buah pejabat pentadbiran.” – AFP

    Gambar bertarikh 19 April 2024 menunjukkan pandangan udara kawasan yang terjejas akibat banjir di daerah Gatumba di Bujumbura. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...