Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Miami tundukkan Nashville

    FORT LAUDERDALE, 21 APRIL – Lionel Messi menjaringkan dua gol dan mencipta satu lagi untuk Sergio Busquets ketika Inter Miami menewaskan Nashville 3-1 kelmarin untuk mengekalkan kedudukan teratas dalam Eastern Conference, Major League Soccer (MLS).

    Miami mengalami beberapa masalah apabila pemain pertahanan mereka, Franco Negri menepis sepakan sudut Daniel Lovitz ke gawang sendiri hanya pada minit kedua permainan di Stadium Chase.

    Pasukan Gerardo Martino kini gagal mengekalkan rekod bersih dalam setiap 11 perlawanan terakhir mereka dan ia mungkin lebih teruk apabila tiga minit kemudian Josh Bauer melepaskan rembatan namun terkena palang.

    Messi segera menyamakan kedudukan untuk Miami, pemain Argentina itu tidak dikawal selepas sepakan percuma Diego Gomez yang melihat rembatannya ditepis oleh penjaga gol Nashville, Elliot Panicco, tetapi selepas Luis Suarez mengarahkan bola kembali kepadanya, Messi menjaringkan gol untuk menjadikannya 1-1 pada minit ke-11.

    Dua minit kemudian, Messi mengambil kesempatan dari permainan yang agak kurang berkualiti dari Nashville tetapi rembatan rendah kaki kanannya namun melepasi tiang gawang.

    Segala yang dicipta Miami datang melalui Messi, yang melepaskan tembakan yang lebar sebelum beberapa saat kemudian menghantar silang untuk tandukan Gomez yang diselamatkan oleh kaki Panicco.

    Enam minit sebelum rehat, bekas rakan sepasukan Messi di Barcelona, Busquets menjaringkan gol pertamanya dalam saingan MLS, menemui tendangan sudut pemenang Piala Dunia itu dengan tandukan yang cantik di tiang terdekat.

    Tetapi terdapat satu masalah buat pasukan tuan rumah sejurus sebelum rehat apabila pemain antarabangsa Paraguay, Gomez diusung keluar akibat kecederaan buku lali, yang terbaharu dalam beberapa siri kecederaan untuk Miami. – AFP

    Aksi Messi (kanan) semasa perlawanan bola sepak MLS di Stadium Chase di Fort Lauderdale, Florida, pada 20 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...