Tuesday, April 22, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir di Thailand jejaskan lebih 154,000 keluarga

    BANGKOK, 10 OKT – Hujan lebat dan limpahan air sungai mencetuskan kejadian banjir di 26 wilayah khususnya di timur laut dan bahagian tengah Thailand.

    Menurut Jabatan Pencegahan dan Mitigasi Bencana (DDPM) lebih 154,000 keluarga di 4,354 perkampungan dilaporkan terjejas setakat Isnin susulan ribut tropika Noru dan monsun barat daya melanda Laut Andaman dan Teluk Thailand.

    Hujan lebat berterusan menyebabkan banjir dan paras air sungai meningkat.

    Pelepasan air dari empangan juga mengakibatkan banyak kawasan rendah ditenggelami air. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda