Monday, March 3, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir kilat di Ecuador ragut 1 nyawa, 3 cedera

    QUITO, 2 MAC – Sekurang-kurangnya seorang maut dan tiga yang lain cedera selepas banjir kilat dicetuskan oleh hujan lebat melanda Pinas di wilayah pesisir El Oro, Ecuador pada Jumaat malam, lapor Xinhua.  

    Perkhidmatan Pengurusan Risiko dan Kecemasan Kebangsaan (SNGRE) berkata, banjir itu menjejaskan tiga kawasan di Pinas, memaksa 400 orang dipindahkan ke pusat perlindungan sementara. 

    Sekurang-kurangnya 10 rumah musnah, 60 kediaman rosak, dan beberapa perniagaan turut terjejas.  

    Presiden Ecuador Daniel Noboa, mengarahkan agensi kerajaan segera dikerahkan bagi membantu usaha bantuan di El Oro, satu daripada lapan wilayah yang diisytiharkan darurat susulan hujan lebat berterusan.  

    Anggota bomba meneruskan operasi pemindahan kelmarin, manakala pasukan kecemasan menilai kerosakan serta menggerakkan bantuan.  – Bernama

    Air mengalir di jalan raya selepas banjir melanda Piñas, wilayah El Oro, Ecuador pada 1 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda