KUALA LUMPUR, 28 JAN – Banjir teruk yang melanda Malaysia dalam minggu-minggu kebelakangan telah menyebabkan kerugian kira-kira AS$1.4 bilion, dengan kerosakan meluas kepada rumah-rumah, perniagaan dan kilang, jabatan statistik negara itu berkata hari ini.
Hujan monsun lebat telah mencetuskan banjir paling buruk di negara itu dalam masa bertahun-tahun, dari pertengahan Disember dan awal Januari, dengan kira-kira 50 orang terbunuh dan 125,000 orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Bencana itu telah menyebabkan kerugian sehingga RM6.1 bilion (AS$1.45 bilion), jabatan statistik kerajaan berkata dalam satu kenyataan.
Kira-kira separuh daripada kerugian itu dicatatkan di Selangor, negeri paling kaya dan paling ramai penduduk, yang mengelilingi ibu negara Kuala Lumpur.
Kerosakan kepada aset-aset dan infrastruktur awam menyebabkan kerugian bernilai RM2 bilion, sementara kerosakan terhadap rumah-rumah dan perniagaan masing-masing mewakili RM1.6 bilion dan 0.5 bilion dalam jumlah kerugian.
Sektor pengeluaran mengalami kerugian berjumlah RM900 juta, menurut laporan itu. – AFP
