Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Banjir ragut 27 jiwa

    MEXICO CITY, 23 NOV – Seramai 27 orang terbunuh manakala puluhan ribu terpaksa meninggalkan kediaman mereka di Republik Dominika akibat banjir pada hujung minggu lepas, kata Pusat Operasi Kecemasan (COE) negara itu kelmarin, lapor Sputnik.

    “Sektor kesihatan melaporkan hujan lebat, banjir di kawasan bandar dan luar bandar serta jejambat dan jambatan runtuh menyebabkan kematian 27 orang,” kata COE dalam berita terbarunya.

    COE berkata amaran banjir telah pun ditarik balik di kebanyakan wilayah.

    Pihak berkuasa itu berkata banjir mengakibatkan lebih 7,400 buah bangunan kediaman terjejas dengan 36 daripadanya musnah sebahagian atau sepenuhnya.

    Selain itu, kira-kira 37,000 orang penduduk meninggalkan rumah mereka manakala 55 buah penempatan masih terputus hubungan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...