Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banjir ragut 40 jiwa, 150 lagi hilang

    JALALABAD, AFGHANISTAN, 29 JULAI – Kira-kira 40 orang dilaporkan terkorban sementara 150 orang lagi hilang akibat banjir kilat yang melanda timur laut Kabul, kata pegawai hari ini.

    Operasi menyelamat telah dijalankan bagi mengesan mereka yang hilang selepas hujan lebat membanjiri daerah Kamdesh di wilayah Nuristan yang terletak kira-kira 200 kilometer timur laut Kabul.

    “Sekitar 40 lagi terbunuh malam tadi akibat banjir kilat,” kata Ketua Majlis wilayah terbabit, Saeedullah Nuristani kepada AFP.

    Menurutnya, seramai 150 lagi masih hilang dan hampir 80 buah rumah musnah selepas banjir melanda kawasan tersebut.

    Seorang jurucakap gabenor Nuristan, Saeed Momand menyatakan bilangan kematian lebih tinggi dengan lebih 60 orang terbunuh dalam banjir terbabit.

    Setiap tahun, hujan lebat dan banjir kilat mengorbankan ramai orang di Afghanistan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda