Saturday, July 27, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Banjir: Ribuan terjejas di Surakarta Indonesia

    JAKARTA, 17 FEB – Beribu-ribu orang di bandar Surakarta, Indonesia telah terjejas akibat banjir berikutan hujan lebat yang berterusan, menurut agensi mitigasi bencana tempatan.

    Sungai Bengawan Solo di pulau Jawa melimpah dan menenggelami jalan-jalan raya serta rumah di lebih 16 mukim hari ini, dengan hampir 22,000 penduduk terjejas.

    Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Bagaimanapun, kira-kira 4,000 mangsa banjir dilaporkan telah dipindahkan ke kawasan lebih tinggi di mana mereka mendirikan khemah.

    Operasi-operasi menyelamat dan usaha bantuan kecemasan masih dijalankan kerana pihak berkuasa sedang bergelut untuk membantu mereka yang memerlukan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...