Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    StanChart Securities kongsi prospek pasaran

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan Standard Chartered

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Lebih 200 klien Standard Chartered (StanChart) Secu-rities berpeluang untuk mengetahui mengenai dengan prospek pasaran pelaburan semasa Seminar Prospek Pasaran yang berlangsung di Serambi Suluh, Tarindak d’Seni, Bandar Seri Begawan, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh StanChart di sini, hari ini, seminar tersebut telah dianjurkan oleh StanChart Securities yang merupakan sebuah subsidiari Bank StanChart dengan kerjasama Franklin Templeton dan Allianz Global Investors bagi klien-klien dihargai mereka.

    Dalam kata alu-aluannya, Ketua Pegawai Eksekutif StanChart Securities, Brenda Low menyatakan bahawa pada 2023, mereka percaya bahawa adalah amat penting bagi klien mereka untuk menyusun pelaburan masing-masing.

    Mereka harus tahu bagaimana untuk menyusun pelaburan iaitu apa untuk dibeli dan apa untuk dijual di mana kesemua itu memerlukan penelitian supaya ia dapat dilaksanakan dengan baik.

    Beliau menambah bahawa walaupun mereka melihat terdapat peluang dalam beberapa kelas aset tetapi dengan jangkaan berlaku kemelesetan di Eropah dan Amerika Syarikat, adalah penting bagi mereka untuk mengambil langkah berhati-hati.

    Berlatar belakangkan keadaan itu, pihaknya mencadangkan supaya para klien membina sebuah asas SAFE selaras dengan tema pelaburan, Playing it SAFE, dengan 2023 dengan pengemudian yang betul akan menjadikan pengalaman yang lebih baik untuk pelabur-pelabur berbanding dengan 2022.

    Seminar itu mengetengahkan barisan ahli panel yang terdiri daripada Ketua Strategik Tematik dan Penempatan Aset, Kumpulan Pengurusan Harta, StanChart, Audrey Goh; Ketua Runcit, Asia Tenggara, Franklin Templeton, Templeton Asset Management Limited, Singapura, Clement Lee; Ahli Strategi Pelaburan, Franklin Templeton Institute, Templeton Asset Management Limited, Singapura, Christy Tan; dan Pengurus Jualan Saluran Kanan, Allianz Global Investors, Singapura, Winnie Tan.

    Audrey Goh.
    Brenda Low.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...