Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Banjir terburuk landa di Kazakhstan

    POKROVKA, 12 APRIL – Salji dan ais yang mencair dengan pantas telah menyebablan sungai-sungai di utara Kazakhstan dan sempadan di Rusia mencatatkan paras yang, belum pernah berlaku sebelum ini, mengancam bandar dan pekan utama itu.

    Lebih dua minggu selepas air mula naik di wilayah utara dan barat Kazakhstan, di mana kira-kira 100,000 orang, dengan satu pertiga daripadanya adalah kanak-kanak telah dipindahkan dari rumah mereka.

    Menurut menteri kecemasan Kazakhstan, seluruh kampung terputus bekalan elektrik, ratusan kilometer (batu) jalan raya terhalang, jambatan runtuh dan lebih 4,000 rumah di seluruh negara dinaiki air.

    Di Pokrovka, yang terletak di tebing sungai Ishim iaitu sungai Esil di Kazakh, terdapat paras air lebih daripada satu meter di jalanan.

    Askar dan pekerja kecemasan terlibat dalam operasi menyelamat dan pembersihan pantas, termasuk mengepam air dan memasang penghadang.

    Presiden Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev pada Sabtu menyifatkan bencana alam itu sebagai ‘mungkin yang paling teruk dalam beberapa tahun’.

    Ketika paras air di Ishim meningkat, bandar yang berdekatan dengan Petropavl bersiap sedia untuk menghadapi yang terburuk kerana lonjakan dijangka berlaku menjelang Sabtu nanti.

     Menurut ramalan pihak berkuasa, banjir akan menenggelami bandar yang mempunyai 200,000 penduduk itu pada hujung minggu ini dan hanya memuncak sekitar 22 dan 23 April. – AFP

    Pekerja dan askar membina penghalang banjir di penempatan Zarechny, di pinggir bandar Petropavl, Kazakhstan pada 10 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...