Tuesday, April 22, 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank Baiduri kukuhkan kedudukan

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai- Bank Baiduri mencatatkan satu lagi mercu tanda yang penting baginya, apabila S&P Global Ratings menaikkan rating issuer credit jangka panjang bagi Bank Baiduri dari BBB kepada BBB+.

    Di samping itu, badan rating bebas itu turut menegaskan lagi rating issuer credit jangka pendek bagi bank berkenaan kepada A-2 dan menaikkan rating skala rantau ASEAN bagi Bank Baiduri dari axA/axA-2 kepada axA+/axA-1. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh S&P Global Ratings, kenaikan pada rating Bank Baiduri itu mencerminkan pandangan badan berkenaan terhadap bank itu yang akan terus memperkukuhkan modalnya (capitalization), pengekalan untungnya yang mantap, mengurangkan pendedahan off balance sheets serta peluang-peluang pertumbuhan yang terhad di Brunei.

    Kenyataan turut menyatakan bahawa rating yang diberikan itu mencerminkan lagi kedudukan perniagaan Bank Baiduri yang kukuh dan modal yang baik. Pada masa yang sama, kenyataan menjelaskan bahawa badan berkenaan yakin Bank Baiduri akan terus mengekalkan kedudukan sistemik pentingnya di Brunei dengan profil kewangan bank itu akan terus kekal stabil.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda