Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank Baiduri lancar ATM pertama di Temburong

    Oleh Syahmi Hassan

    TEMBURONG, 2 OKT – Bank Baiduri menandakan satu lagi kejayaan hari ini apabila melancarkan mesin ATM pertamanya di Daerah Temburong semasa acara Baiduri in Temburong di Pekan Bangar, kelmarin.

    Acara berkenaan juga menampilkan Baiduri Lokal Market, berlangsung dua hari hingga hari ini, yang menyediakan platform kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) tempatan mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka kepada penduduk Temburong.

    Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan pelancaran ialah Pemangku Pegawai Daerah Temburong, Pengiran Mohammad Ameer Mubarak bin Pengiran Haji Hashim.

    Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui menjelaskan, ATM berkenaan membolehkan bank tersebut menyediakan penyelesaian perbankan layan diri kepada penduduk di Temburong, pada masa yang sama menyokong lagi pertumbuhan komuniti dan perniagaan setempat.

    Mesin ATM berkenaan terletak di Bangunan Kedai Rakyat Jati Pekan Bangar dan menampilkan perkhidmatan termasuk pengeluaran tunai, deposit tunai, pembayaran bil dan tambah nilai prabayar dan lain-lain.

    Dengan pelancaran ATM di Temburong, bank tersebut kini mempunyai rangkaian 59 ATM dan Mesin Deposit Tunai, termasuk ATM pelbagai mata wang pertama yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

    Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan peralatan pandang dengar bagi meningkatkan keupayaan di Dewan Kemasyarakatan Belalong, Pekan Bangar.

    Ia bertujuan untuk meningkatkan pengalaman pengguna di dewan itu dan membolehkan lebih banyak pelbagai acara diadakan, seperti mesyuarat bandar, persembahan dan perhimpunan biasa yang melibatkan masyarakat.

    Ti Eng Hui dan Pengiran Mohammad Ameer Mubarak bergambar ramai semasa mengunjungi Baiduri Lokal Market yang turut diadakan. – Gambar serahan Bank Baiduri
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda