Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bank Baiduri tawar pinjaman pendidikan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Bank Baiduri turut menyertai Ekspo Pendidikan Tinggi 2023 yang berlangsung secara maya bermula hari ini hingga 16 Februari, dengan mengetengahkan produk dan perkhidmatan untuk mereka yang berminat dalam meneroka pilihan pembiayaan untuk melanjutkan pengajian di dalam dan luar negara.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Bank Baiduri, mulai sekarang hingga 31 Mac, pemohon pinjaman pendidikan yang berjaya akan dapat menikmati kadar pembiayaan istimewa di samping kelulusan pantas dan pembayaran pinjaman.

    Pemohon yang berjaya boleh menikmati tempoh pembayaran balik yang dilanjutkan sehingga 10 tahun.

    Pinjaman pendidikan terbuka kepada semua warganegara Brunei atau penduduk tetap dan akan menampung perbelanjaan utama seperti tambang penerbangan, pendaftaran dan yuran pengajian, penginapan, dan perbelanjaan sara hidup lain.

    Di samping itu, bank berkenaan juga akan menampilkan Pek Nilai 4U (4UVP) yang direka dengan mengambil kira keperluan pelajar.

    Kenyataan menjelaskan, pakej pelajar 4UVP menawarkan pelbagai faedah termasuk pembiayaan alat elektronik untuk pelajar dengan elaun kerajaan, penjimatan caj pengeluaran ATM di luar negara, akses kepada b.Digital Personal yang memenangi anugerah untuk mengakses akaun mereka sepanjang masa dan kemudahan tanpa tunai dengan kad debit Visa Baiduri tanpa sentuh di dalam dan luar negara.

    Mengulas penyertaan Bank Baiduri dalam ekspo maya itu, Ketua Perbankan Runcit, Lim Kian Chiong dipetik berkata, “Ekspo maya anjuran Kementerian Pendidikan bertujuan memberi peluang kepada pelajar melanjutkan pengajian seterusnya membuka pilihan untuk lebih banyak peluang kerjaya pada masa hadapan.

    “Melalui produk dan perkhidmatan kami, kami berharap dapat menjadikan peluang ini lebih mudah didapati untuk mereka,” ujarnya lagi.

    Antara yang hadir semasa majlis pelancaran ekspo berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...