Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Christodoulides dipilih Presiden Cyprus

    NICOSIA, 13 FEB – Pengundi Cyprus semalam memilih bekas Menteri Luar, Nikos Christodoulides sebagai presiden negara anggota Kesatuan Eropah (EU) kecil itu.

    Christodoulides, 49, memenangi 51.92 peratus di belakang rakan diplomat Andreas Mavroyiannis, 66, yang memperoleh 48.08 peratus, umum perkhidmatan pilihan raya kerajaan di selatan pulau Mediterranean.

    Pengundian semalam, pilihan raya kecil selepas pusi-ngan pertama yang berkesudahan tanpa keputusan minggu lalu, bermakna Christodoulides akan mengganti Presiden Nicos Anastasiades.

    Mavroyiannis memberitahu wartawan: “Perjalanan telah berakhir malam ini, perjalanan yang hebat yang saya kongsi bersama ribuan orang. Saya kesal saya tidak dapat membawa perubahan yang diperlukan Cyprus.” – AFP

    Presiden baru dipilih Cyprus Nikos Christodoulides (tengah) bercakap di depan penyokong di stadium Eleftheria di ibu negara Nicosia pada 12 Februari 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...