Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bank Barclays kembali untung pada 2016

    LONDON, 23 Feb – Bank Britain Barclays kembali pada keuntungan dalam tahun 2016 selepas mengurangkan peruntukan bagi kos-kos undang-undang dan pampasan dikaitkan pada skandal-skandal pertukaran asing dan insurans, menurut bank berkenaan hari ini.

    Barclays melaporkan keuntungan bersih tahunan 1.62 bilion pound (AS$2.0 bilion, 1.92 bilion euro) dibandingkan dengan satu kerugian selepas cukai 394 juta pound dalam tahun 2015, ia berkata dalam keterangan pendapatannya.

    Bank berkenaan tidak menetapkan sebarang jumlah dalam 2016 bagi “siasatan yang sedang dijalankan dan tindakan undang-undang termasuk pertukaran asing,” di mana ia mendapat sambutan lebih daripada 1 bilion pound mengenai hal itu dalam 2015.

    Barclays telah menyediakan 1 bilion pound tahun lepas untuk memberi pampasan kepada pelangganyang tersalah menjual produk insurans UK, meskipun ini adalah jauh lebih rendah berbanding dengan bil 2.65 bilion pound bagi 2015.

    Mengenai operasi harian, ketua eksekutif Barclays Jes Staley berkata bahawa perniagaan-perniagaan teras bank berkenaan di UK dan di luar negeri telah menunjukkan prestasi yang baik dengan keuntungan sebelum cukai meningkat 4 peratus kepada 6.4 bilion pound. – AFP

    Bank Barclays yang sebelum ini menaja Liga Perdana Inggeris menunjukkan rekod keuntungan pada tahun 2016. – AP
    Bank Barclays yang sebelum ini menaja Liga Perdana Inggeris menunjukkan rekod keuntungan pada tahun 2016. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda