Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Banteras stigma masalah kesihatan mental

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV – Kementerian Kesihatan melalui kerjasama antara Unit Strategi Kesihatan Mental Kesihatan di Pusat Promosi Kesihatan, Perkhidmatan Psikiatri dan Perkhidmatan Psikologi dengan sokongan Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) dan Kementerian Pendidikan terus melaksanakan inisiatif dalam memperkasakan Literasi Kesihatan Mental dalam kalangan orang ramai khususnya mereka yang bekerja.

    Sehubungan itu, Jerayawara Sempena Hari Kesihatan Mental 2023 telah diadakan di Dewan Baharu, Aras Bawah, Bangunan Baharu Kementerian Pendidikan, hari ini.

    Semasa jerayawara berkenaan, para peserta telah menghadiri sesi taklimat dan pameran di mana jerayawara membawa tema Kesihatan Mental di Tempat Kerja: Hak Asasi Semua.

    Sesi perkongsian semasa jerayawara berkenaan mengetengahkan Psikologi Klinikal / Ketua Strategi Kesihatan Mental Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Dayang Nor Syahmun binti Haji Matassan; Ketua Unit Kaunseling dan Kefahaman (KAFA), KHEU, Haji Saharuddin bin Haji Patra dan Ketua Unit Kesejahteraan Pemimpin Sekolah dan Tenaga Pengajar (UKPSTP), Kementerian Pendidikan, Awang Ahmad Faisal bin Haji Abidin.

    Kementerian Kesihatan berhasrat jerayawara setengah hari itu akan dijalankan secara bersiri dan bekerjasama dengan semua 11 kementerian lain pada setiap bulan sehingga September 2024.

    Tema Sambutan Hari Kesihatan Mental 2023 iaitu Kesihatan Mental adalah Hak Asasi Manusia bermatlamat untuk meningkatkan pengetahuan, meningkatkan kesedaran dan memacu tindakan yang menggalakkan dan melindungi kesihatan mental setiap orang sebagai hak asasi manusia sejagat.

    Ia juga memfokuskan kepada membenteras stigma dengan meningkatkan pengetahuan mengenai masalah kesihatan mental.

    Stigma mengenai isu-isu berkenaan kesihatan mental termasuk prasangka buruk terhadap perkhidmatan kesihatan mental dan orang-orang yang mempunyai penyakit kecelaruan mental, adalah salah satu penghalang terbesar bagi seseorang untuk tampil ke hadapan dan mendapatkan hak mereka untuk menerima rawatan serta mencapai kesihatan mental yang sejahtera.

    Malah, ada juga individu memilih untuk merahsiakan keadaan mereka yang mengalami penyakit kecelaruan mental kerana takut atau malu dengan stigma, di mana kesannya kadangkala lebih perit untuk dilalui berbanding dengan penyakit kecelaruan mental itu sendiri.

    Barisan para pembentang semasa Jerayawara Sempena Hari Kesihatan Mental 2023 yang berlangsung di Dewan Baru, Aras Bawah, Bangunan Baru Kementerian Pendidikan, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...