Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pasha Ungu nak jadi calon Dewan Perwakilan Rakyat

    Penyanyi kumpulan Ungu yang juga wakil Datuk Bandar Palu, Pasha sudah bersedia untuk bertanding kerusi Parlimen sebagai calon Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) pada pilihan raya Indonesia, tahun depan.

    Pasha atau nama sebenarnya, Sigit Purnomo Said, 44, ketika ditemui berkata, dia sudah melaksanakan tugas Datu Bandar Palu disandangnya dengan sebaik mungkin apabila menaik taraf kemudahan utama masyarakat seperti infrastruktur jalan raya, pendidikan, perkhidmatan kesihatan dan sebagainya.

    “Alhamdulillah, saya sudah pun selesaikan khidmat sebagai Datuk Bandar dan sekarang fokus kepada mewakili kerusi di Parlimen pula apabila kempen pilihan raya juga sudah saya jalankan sejak bulan lalu.

    “Harapan saya, semoga ada peluang mewakili suara rakyat di Parlimen. Apapun, semuanya terserah pada pemilihan yang akan dibuat oleh rakyat, namun semoga ada rezeki saya,” katanya kepada Harian Metro berhubung karier politiknya.

    Pasha berkata, banyak perubahan baharu perlu dibuat untuk keselesaan dan kebahagiaan rakyat Indonesia berikutan era masa kini sudah berkembang maju dengan pengaruh teknologi yang meluas dalam kehidupan.

    Konsert jelajah dunia Ungu Live In Kuala Lumpur 30 Hits Timeless bakal berlangsung pada 25 Februari tahun depan di Megastar Arena KL yang dibawakan penganjur Icon Entertainment dengan kerjasama penaja utama, AKE Group.

    Mengulas kerjaya seninya bersama Ungu, Pasha berkata, dia akan terus aktif di dalam muzik kerana minat dan ia juga sama sekali tidak mengganggu tanggungjawab digalasnya dalam bidang politik. – Agensi

    Vokalis kumpulan Ungu, Pasha menyuarakan hasratnya ingin menjadi calon Dewan Perwakilan Rakyat. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...