Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan pekerja asing lari daripada majikan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara, mengenai seorang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Mohar Ali yang berusia 41 tahun dengan nombor pasport BY0386520.

    Manakala itu, laporan mengenai pekerja lelaki warganegara Malaysia iaitu Aaron Tan Teck Guan yang berusia 35 tahun dengan nombor pasport, K537314132 telah dibuat di Balai Polis Bandar Seri Begawan.

    Sehubungan itu, sebarang maklumat mengenai mengenai kedua-duanya boleh menghubungi Balai Polis Muara melalui talian telefon 2770141 dan Balai Polis Bandar Seri Begawan melalui talian 2242334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Mohar Ali
    Aaron Tan Teck Guan

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda