Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bantu kesan pekerja lari

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JUN – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut PPDB, laporan untuk mengesan dua orang pekerja iaitu seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia, Ade Rusmana yang berusia 42 tahun dengan nombor pasport, C9312641 dan seorang pekerja perempuan warganegara Indonesia, Teti Rustini Abad yang berusia 48 tahun dengan nombor pasport, C9962194, telah dibuat di Balai Polis Muara.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Balai Polis Muara di talian 2770140, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Ade Rusmana
    Teti Rustini Abad

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...