Oleh Sim Y. H. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warga asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, PPDB menyatakan laporan mengenai pekerja lelaki warganegara India iaitu Mohamed Nizarudeen Mohamed Thasthagir, 42, dengan nombor pasport S7498928, telah dibuat di Balai Polis Sengkurong.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/08/P6-2A_08082023.jpg)