Wednesday, April 23, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu kesan pekerja lari daripada majikan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan tiga orang pekerja wanita warganegara Indonesia yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

    Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Pusat Bandar Seri Begawan (BSB) mengenai Karini yang berusia 30 tahun dengan nombor kad pengenalan 51-466615 (hijau) dan nombor pasport C4732466, Irawati yang berusia 34 tahun dengan nombor kad pengenalan 51-474224 (hijau) dan pasport C5631374 serta Mega Oktaviyani yang berusia 28 tahun dengan nombor kad pengenalan 51-471825 (hijau) dan pasport C6101864, yang dilaporkan lari daripada majikan.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Pusat BSB melalui talian 2242334, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Irawati
    Karini
    Mega Oktaviyani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda