BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohan kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang isteri yang keluar dari rumah dan dipercayai melarikan diri.
Menurut kenyataan PPDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara, Daerah Brunei dan Muara mengenai wanita warga asing berbangsa India, Rahmaniyah Begam (gambar) berumur 20 tahun yang memegang nombor paspot S8744051.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai wanita tersebut bolehlah menghubungi Balai Polis Muara, Daerah Polis Brunei dan Muara melalui telefon 2770142 dan talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.