Oleh Nurdiyanah R.
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Orang ramai adalah diseru untuk terus membantu meningkatkan bekalan stok darah di negara ini bagi golongan pesakit yang memerlukan dari semasa ke semasa.
Sehubungan itu, Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan kempen-kempen derma darah esok (29 Mei) di Kompleks Beli-Belah Times Square anjuran Jolibee Brunei bermula jam 10 pagi hingga 2:30 petang.
Sementara itu, kempen derma darah akan diteruskan lagi di Butik Nooradlina, Blok G, Kompleks Atiya, Jerudong pada 30 Mei dari 10 pagi hingga 2:30 petang.
Manakala kempen sedemikian akan diadakan di Sekolah Menengah Rimba, Kampung Rimba anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Rimba pada 3 Jun nanti bermula dari jam 9 pagi hingga 11:30 pagi.
Oleh itu, tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi kempen derma darah tersebut adalah sangat digalakkan.