Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa, anak bantu Ghosn larikan diri didakwa

    TOKYO, 2 JULAI – Pendakwa raya Jepun hari ini mengatakan bahawa mereka menuntut hukuman penjara hampir tiga tahun untuk seorang bapa dan anak warga Amerika Syarikat (AS) yang mengakui membantu bekas bos Nissan, Carlos Ghosn untuk melarikan diri dan meninggalkan Jepun.

    Bekas operasi pasukan khas Michael Taylor dan anaknya Peter ditahan sejak penangkapan mereka tahun lalu di Amerika Syarikat kerana membantu Ghosn melarikan diri menggunakan jet peribadi.

    Ghosn telah memimpin Nissan selama hampir dua dekad sehingga dia ditangkap pada tahun 2018 atas tuduhan penyelewengan wang, yang kemudian telah dinafikannya.

    Di mahkamah Tokyo, pendakwa raya mengatakan mereka menuntut hukuman dua tahun 10 bulan untuk Michael, dan dua tahun enam bulan untuk Peter, kerana peranan mereka membantu Ghosn melarikan diri pada Disember 2019. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda