Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bapa bunuh anak kerana bendera parti politik

    PESHAWAR, 23 JAN – Seorang bapa membunuh anaknya selepas anak beranak itu tidak bersetuju mengenai bendera parti politik yang akan dipamerkan menjelang pilihan raya umum Pakistan, kata polis.

    Pertengkaran tercetus apabila anak lelaki itu, yang baru pulang dari bekerja di Qatar, menaikkan bendera parti Tehreek-e-Insaf Pakistan (PTI) pimpinan bekas perdana menteri Imran Khan di rumah keluarga di pinggir Peshawar di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

    “Bapa melarang anaknya menaikkan bendera PTI di rumah, tetapi anak lelaki itu enggan menurunkannya dan enggan meninggalkan PTI,” kata pegawai polis daerah Naseer Farid.

    “Pertengkaran semakin memuncak, dan dalam keadaan marah, bapanya melepaskan pistol ke arah anak lelakinya yang berusia 31 tahun, sebelum melarikan diri dari rumah.”

    Anak lelaki itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

    Polis sedang mencari bapa itu, yang bergabung dengan Parti Kebangsaan Awami dan sebelum ini mempamerkan bendera mereka.

    Pilihan raya yang dijadualkan pada 8 Februari sering dicemari dengan keganasan di Pakistan, dengan calon menjadi sasaran pengeboman dan serangan senjata api.

    Pada minggu pertama Februari kira-kira 5,000 pasukan separa tentera Frontier Constabulary (FC) akan ditempatkan ke wilayah barat laut Khyber Pakhtunkhwa yang bersempadan dengan Afghanistan, kata komander Moazzam Jah Ansari kepada AFP. – AFP

    Sebuah jalan dihiasi dengan bendera parti politik menjelang pilihan raya kebangsaan Pakistan 2024, di Quetta pada 21 Januari 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...