Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Bapa gantung Arya Saloka sebab nakal

    Gara-gara sikap nakal ketika kecil, pelakon Indonesia, Arya Saloka, pernah digantung oleh bapanya sendiri.

    Berkongsi pengalaman tersebut, kata Arya, 32, bapanya mengikat tangannya dengan tali pinggang sebelum bertindak menggantung atas satu kesalahan yang tidak diingatinya.

    “Sikap nakal saya sukar digambarkan. Saya pernah digantung oleh bapa. Tangan saya diikat dengan tali pinggang karate.

    “Kisah ini benar-benar terjadi kepada saya,” katanya dalam satu temu bual.

    Tidak hanya satu kejadian itu sahaja, Arya juga pernah diikat di sebuah pondok di hadapan rumah dan ditinggalkan sendirian.

    Bapanya berbuat demikian kerana ketika itu dia suka mengusik adik-beradik yang lain sehingga menyebabkan mereka menangis.

    “Saya usik adik-beradik saya sehingga mereka menangis. Ayah ikat saya di sebuah pondok di waktu malam,” jelasnya menurut laporan mStar.

    Dalam pada itu pelakon berkenaan menganggap semua tindakan bapanya itu sebagai satu pengalaman yang banyak mengajar untuk dia kenal diri supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

    “Bapa saya tidak pernah memukul atau menjerit marah. Dia akan terus ambil tali pinggang untuk ikat sekiranya saya tidak mendengar kata,” ceritanya. – Agensi

    Arya akui dirinya nakal waktu kecil. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...